APA ITU FREELANCE ?

Maksud: Bekerja bebas.
Definisi: Pihak (syarikat, bisnes ataupun individu) yang melakukan kerja-kerja tertentu berdasarkan projek atau tugas yang dilakukan itu sahaja, tanpa ada kaitan jangka panjang bersama klien mereka. Ia dilakukan berdasarkan per projek, jangka pendek ataupun berdasarkan jumlah masa.

Mengikut kepada bahasa yang mudah fahamnya adalah, freelancer adalah pekerjaan professional yang dibayar setimpal dengan tugas yang diamanahkan kepadanya sahaja, tanpa terikat secara rasmi dengan mana-mana syarikat tertentu.

Saya sebagai pemilik laman blog portfolio ini adalah seorang freelance yang menawarkan perkhidmatan dalam bidang multimedia grafik. Anda juga boleh terus melihat hasil-hasil tugasan sebagai contoh dan rujukan yang pernah saya buat sebelum - sebelum ini di galeri gambar dan galeri video.

Anda juga boleh melihat dan memuat turun resume saya disini sekiranya anda memerlukanya untuk rujukan. Resume tersebut adalah resume yang terkini dan saya akan mengemaskini setiap 6 bulan jika terdapat sebarang perubahan.

Anda boleh pergi ke laman TENTANG untuk mengetahui lebih lanjut perihal pendidikan saya.


KEBAIKAN PERKHIDMATAN FREELANCE ?

Sebenarnya, kebaikan sesebuah syarikat untuk memiliki freelancer itu adalah lebih menguntungkan pada pihak syarikat berbanding freelancer itu sendiri. Pada kebanyakan freelancer, apa yang mereka mahu adalah kebebasan waktu bekerja termasuk saya, itu sahaja. Tetapi, bagi syarikat pula, faedah dan kebaikan adalah banyak, antaranya:

a) Kos Lebih Rendah.
Bayaran kepada freelance lebih murah dibandingkan dengan pekerja biasa kerana freelance tidak perlu mengunakan jalan raya, tol, parking setiap hari. Syarikat juga tidak perlu menyediakan peralatan dan perisian seperti Illustrator dan Indesign kerana freelancer telah ada.

b) Harga Yang Tetap.
Tidak kira dimana syarikat anda berada sama ada di pedalaman, luar bandar, dalam bandar, kawasan kos rendah mahupun yang tinggi, harga adalah tetap dan tidak berubah, kerana harga sesuatu kerja itu berdasarkan kepada kerja itu sendiri.

c) Tidak Terikat Dengan Jarak.
Syarikat tidak perlu risau tentang jarak dengan freelancer kerana segala urusan kerja, penghantaran dokumen dan urusan perhubungan adala melalui atas talian dengan segera.

d) Pengambilan Yang Mudah.
Tidak memerlukan slot baru dalam syarikat, dokumen dan kertas kerja baru tidak diperlukan kerana segala kertas kerja, laporan dan dokumen diruskan oleh freelance sendiri.

e) Tidak Terikat Dengan Syarikat.
Kebebasan keputusan ditangan syarikat sepenuhnya dan segera. Freelancer juga tidak terlibat dengan syarikat secara terus. Sekiraya syarikat tiada keperluan grafik maka tidak perlu mengupah dan mengambil freelance melainkan persetujuan kontrak.

f) Tidak Perlu Kemudahan.
Syarikat tidak perlu membuka KWSP, Socso, zakat atau cukai, kelebihan kad kesihatan dan insuran kerana semua perkara ini di uruskan oleh freelance itu sendiri.

g) Bekerja Pada Bila-Bila Masa.
Freelance tidak terikat dengan masa bekerja, oleh itu setiap hari adalah hari bekerja. Freelancer juga bekerja pada waktu malam dan sekiranya perlu, pada cuti umum.

h) Berpengalaman Dalam Bidang.
Syarikat boleh mendapatkan perkhidmatan dari freelancer yang berpengalaman dengan harga yang rendah dan berpatutan bersesuaian dengan keperluan syarikat. Freelancer juga berpengalaman dalam mendokumenkan laporan, jadual, dan sebagainya untuk melancarkan pengurusan antara dua pihak.